Semula Padaku

Semula Padaku merupakan sebuah album yang dihasilkan oleh kumpulan New Boyz pada tahun 2007. Album ini mengambil masa hampir dua tahun untuk dihasilkan. Rakaman bagi album ini bermula pada akhir Disember 2006 hingga bulan Mac 2007 dan diterbitkan sendiri oleh anggota New Boyz dengan sedikit perubahan anggota di mana Hafeez As'ad bin Azam atau Afiez masuk sebagai gitaris baharu menggantikan Rizz.